Pages

nombor bertuah anda

Ads 468x60px

rakan-rakan terhebat

Wednesday 14 September 2011

sedih tak? sedih kan....^.^


Hai korang2 semua, =P, yes, memandangkan hari sudah jauh malam, malam ni kita layan feeling sikit, amacam? Haha,, ok2, 

Aku sebenarnya bukan la nak berapa layan sangat perasaan ni, tapi kadang2 tu, jatuh gak ego kelakian aku ni, sebab apa? 

Sebab cerita yang sedih2, atau jiwang2 la. Pergh!!!!!!!
Bapak jiwang aku ni, haha.^.^
 Suke hati aku lah, ada pulak aku kacau perasaan korang… lalala


Ok dude2 dan babe2, haha, malam ni kita layan perasaan sikit k, aku bukan nak paksa korang bace sangat entry aku ni, tapi kalau sesiapa yang sudi bace tu, thankz a lot la aku ucap kan,,,hehe


Ok2, korang pernah kan baca novel2 yang cintan cintun, jalan cerita semua lebih kurang je, kan2? Hehe,
Hari ini aku nak gak olah yang dah sedia ada aku karang bagi jadi power sikit..(power tak power tu aku tak tau lah), haha…..



Ceritanya bergini---->>>>>>>>


 “aku sedar aku bukan untuk sidia lagi” bisik hati amani.

Sambil mengambil wuduk, amani terus melangkahkan kaki ke tikar solat untuk menunaikan solat isyak.

Dalam solat, amani tidak dapat menumpukan sepenuh tumpuan terhadap pertemuan dia dengan allah.
Selesainya solat 

“ ya allah, kenapa kau biarkan semua ini terjadi pada diriku. Kenapa tidak sahaja kau tarik nyawa aku untuk menggantikan tempat si dia? Kenapa mesti dia?” titisan demi titisan air mata turun laju membasahi pipi amani.

Amani terus mengadu dalam doanya 

“kenapa selama dia dengan aku, aku tidak pernah melihat dia sakit seperti ini? akhirnya dia meninggalkan aku. Apakah ini dugaan mu ya allah?kenapa dia tidak pernah bagi tahu aku tentang ini?” amani terus menangis diatas tikar solatnya. Dan dia terlelap.

Dalam lelapnya, mimpinya membawa dia kezaman sebelum amani dan hafiz bertemu. Siapakah hafiz?

“asalamualaikum.” Hafiz memberi salam.

“waalaikumsalam.” Balas amani. Dengan terperanjat “kau hafiz! “.

“haha, yelah, ni aku lah ni. Dah kau kenapa muka macam terperanjat berok ni?” tanya hafiz dalam nada gurauan.

Amani terus tertunduk malu kerana perwatakannya berubah selepas melihat hafiz yang dahulu pada zaman persekolahan agak selekeh dan kini menjadi seorang yang tampan dan berkerjaya,

“malu lah tu. Ha, kau berkerja dimana sekarang amani?” tanya hafiz.

Dengan suara yang rendah amani membalas “ aku hanya pensyarah di uitm machang, Kelantan.”

“wah, tercapai jugak cita2 kau ya.” “tak aku sangka, aku dapat jumpa kau dekat restoran ni” kata hafiz.

 Amani bertanya kepada hafiz “fiz, kau tunggu siapa? Tak kan lah kau makan sorang sahaja dalam restoran ini?” 

“eh2, tak la, aku tunggu bakal jodoh aku.”

“bakal jodoh?”

“haa, bakal jodoh. Ni mak dengan abah aku lah ni, kau tahu lah, aku jenis yang susah nak cari pasangan, last2 mak dengan abah aku yang carikan.”

“sampai macam tu sekali ya? Haha” ketawa amani dengan nada sindir.

“eh2, dah kau sindir aku ni kenapa?” tanya hafiz.

“ bukan aku nak sindir, tapi aku rasa kita dah terkena ni.”

“terkena? Maksud kau?”

“ada tak kau nampak tuning kau dekat sini?” tanya amani

“bila pulak aku bertunang ni?”

“bakal tunang kau?”

“tak ada, kenapa?” hafiz agak pelik,

Sebenarnya hafiz dengan amani telah dipertemukan jodoh dengan bantuan keluarga mereka,
Puan mazlina dan encik musri adalah mama dan ayah kepada amani telah bertemu dengan encik nasar dan puan kelsom abah dan emak kepada hafiz untuk mengikat mereka iaitu amani dan juga hafiz.

Mugkin agak pelik kerana keluarga si perempuan datang meminang si lelaki, tapi ini untuk kebaikan amani, kerana dia merupakan anak sulung dan masih tidak mendirikan rumah tangga. Memandangkan umur amani telah mencecah 27 tahun, itu sudah agak tua untuk seorang anak dara.

Semenjak dari itu, hafiz sentiasa mengambil dan menghantar amani pergi dan pulang dari kerja.
Amani merupakan seorang yang manja, kerana, tidak dapat berpisah dari hafiz selepas mereka telah ditunangkan. 

Hafiz sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan seorang yang penyayang. Setiap kemana amani ingin pergi hafiz akan hantarkan, malah, hafiz lebih senang keluar bersama keluarga dari keluar berdua, kerana bagi hafiz, selagi belum mereka dinikahkan, selagi itu mereka mempunyai jurang.

Pada suatu hari, hafiz sengaja mencabar amani, sama ada amani dapat tak berjauhan dari nya selama satu hari.

“you nak main satu permainan tak?”
“permainan apa ni?”
“you berani ke tidak, haha.” Gelak hafiz.
“I berani je, you ingat I macam you, penakut?” dengan nada tinggi amani membalas.
“garang tunang I ni. Haha”
“cepat la, you nak cabar I ape tadi?” Dengan tidak sabar amani ingin tahu.
“you berani tak berjauhan dari I selama satu hari tanpa bercakap, berjumpa?”
“you cabar I ke ni?”
“sebagai ganjaran I akan sayang you selama lamanya.”

Bermula lah cabaran, dan amani lepas cabaran itu. Dengan hati gembira, amani memandu kereta dan terus pergi kerumah hafiz yang tidak jauh dari rumah nya.

Sampai nya amani kerumah hafiz, amani melihat begitu ramai orang yang berkunjung, amani terasa pelik, amani terus masuk kedalam rumah, dan amani melihat, hafiz dibaringkan dan dikapankan dan sekelilingnya membacakan surah yasin.

Air mata amani menitis, dan amani terjaga dari tidur diatas tikar sejadah.

Amani terus mencapai kotak yang ada diatas rak meja dalam dia masih bertelekung dan mengambil surat yang diberikan oleh puan kelsom kepada amani sejurus hafiz dikebumikan.
Dalam surat itu menyatakan..


"Sayang, tahniah, you telah berjaya dan melepasi cabaran yang I buat untuk you,
Seharian you tanpa I, selepas ini cuba you lakukan setiap hari ya sayang.
Kasih I sentiasa untuk you."

Sebenarnya hafiz mengidap penyakit barah otak yang kritikal, dan menunggu masa sahaja untuk pergi, dan perkara ini disorokkan dari pengetahuan amani ketika waktu amani bersama hafiz. Hafiz terlalu sayang kan amani sehingga takut untuk menyakiti amani, walau penyakitnya ini sepatutnya diberi tahu, tapi atas dasar sayang dan tak ingin amani menangis didepan matanya, di lebih rela biar amani tahu selepas ketiadaannya.

THE END

Korang2,, aku sebenarnya tak pandai nak berkarang dalam novel cintan2 ni, so aku just karang apa yang aku rasa sahaja. Maafkan aku, haha,,
Aku tahu, entry aku kali ni bosan, tapi, aku teringin luahkan rasa dan keinginan aku untuk bercerpen. Haha,
Aku harap korang sudilah baca ya, thankx korang2 yang bace sampai habis, dan bagi yang main skip je baca tu, try la baca sampai habis.
Babai semua..^.^


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...