Pages

nombor bertuah anda

Ads 468x60px

rakan-rakan terhebat

Tuesday 13 September 2011

sahabat


asalamualaikum, agak lama jugak la aku tak update blog aku ni, maaf kalau ada yang menunggu untuk membaca entry aku, even kalau tak ada sekali pun, aku tak berapa nak kesah, tapi aku just nak juga la menulis tentang realiti yang ada pada hari ini. kadang2 kita luahkan perasaan kita main lepas dari mulut je bukan? maaf, aku bukan seorang yang suka main lepas dari mulut, tapi aku lebih suka menaip, dan jika lepas dari mulut, mungkin akan mengguris hari mana2 pihak, walau pun secara berdepan. jika aku menaip ini, mungkin dapat memberi contoh dari apa yang aku taip, jika ianya adalah teladan, tapi kalau yang jahat tu, cuba lah elak untuk jadi kan nya terlalu jahat.


mesti korang pelik, asal tetiba pulak gambar menangis ni, haha,,
maaf kan aku weh, aku bukan penulis yang aktif, tapi aku cuba untuk tidak miss mengarang dalam blog aku. harap korang2 semua sudilah baca ya. haha,,

harap korang sudi baca, ni petikan yang aku copy paste dari hati aku sendiri,, sebentar ya------->>>

ni ha aku dah paste.....
pernah tak korang rasa korang dipinggirkan?
yup, seseorang yang dipinggirkan dapat membuatkan kadar tekanan yang dapat meningkatkan masalah mental bagi sesetengah individu. dari kajian yang aku buat.(korang rasa aku buat tak?) dan dari apa yang aku lihat, sekarang terlalu ramai tidak sependapat dan akhirnya menjadi perkelahian dan akhirnya berlakulah pinggir meminggir. ni bukan lepas korang gaduh korang pergi pinggiran delima, (salah satu taman yang dekat dengan perumahan aku). bukan macam tu, tapi, korang rasakan diri korang amat hebat tanpa menghiraukan orang lain yang menasihati korang. "apa celop ni thok?"......

daripada apa yang aku lihat,(aku pun lebih kurang je dengan apa yang aku cerita ni), manusia sekarang ni lebih memilih jalan senang dari jalan yang susah. betul tak? betul la, sebab apa? korang tengok balik pada jalan yang susah, bila korang berselisihan pendapat atau terkasar pada kawan korang, korang akan mintak maaf, sebab korang rasa persahabatan yang korang bina terlalu kukuh untuk roboh macam tu sahaja. tapi kalau jalan yang mudah, tu ha, bila sahaja korang gaduh, mula la, korang rasa yang pendapat korang la lagi hebat, sedang kan korang dah kawan lama, then jalan penyelesaiannya, putus sahabat, jadi lah pinggir meminggir, sindir menyindir, kutuk mengutuk, dan segalanya yang dapat buat hati manusia bila rasa terlalu sakit, sedih, dan sayu.

bukan aku nak cakap aku ni hebat dalam berkawan, tapi aku juga ada kelemahan, even aku sendiri susah nak berkawan dengan orang dalam dunia realiti dari pada dunia internet, yup, aku lebih senang berkomunikasi tanpa bersemuka dari bersemuka. terukkan? tak la, tak teruk pun, sebab kadang2 banyak cara untuk kita mulakan persahabatan.betul tak? betul la.

taknak la cakap panjang2 sangat, ni ha, ada cerita kat bawah ni, baca baru kita tahu,,,

kawan sebab satu kelas, kawan sebab satu rumah, kawan sebab satu sekolah, kawan sebab satu asrama, kawan sebab selalu berjumpa. itu lah permula sebuah persahabatan, cerita ni aku nak cerita tentang member aku and the geng. yup, diorang ni jenis kawan rapat yang sangat lah sweet dan dah nak jadi kawan baik dah, tapi sayang banyak masalah.(eh kejap, tak best la cerita pendek je kan?) haha,,
kalau korang nak tahu, diorang ni dah boleh dikatakan adik beradik, wow, indahkan persahahabatan macam ni, ada yang panggil adik, kakcik, kaklong, even ada yang kakngah. kira diorang da buat sebuah ikatan adik beradik la. lebih kurang macam tu lah.
sebelum ni aku pernah tanya diorang, korang tak rimas ke asyik kemana bersama je, nak tahu apa diorang jawab?
"biarlah, kitorang sehati sejiwa".. 
sampai ada yang bertukar barang, bertukar pakai, tak payah nak mintak2, sarung je, diorang tak pernah kisah, sebab konsep diorang "barang kau, barang aku"..
tapi sayang , hubungan diorang ni tak kekal, (macam pakwe makwe pulak), haha,, sebab ada selisih faham, aku nak olah pun aku tak tahu lah macam mana, ada yang cerita macam ni, ada yang cerita macam tu, tapi bagi aku satu je, "diorang ni nak amik jalan mudah". korang bayangkan, konsep "barang kau barang aku" jadi " barang kau barang aku, barang aku barang aku".. pergh!! da tukar da konsep tu. then adalah pulak yang sampai jadi kaki curi. kaki curi? tuduh ke betul? aku pun tak tahu, last2 diorang punya persahabatan terputus macam tu sahaja, opss!! maaf kan lah kesalahan kawan2 yang bersalah.
itu lah, sampai sekarang diorang kekal macam ni, tidak bertegur sapa, malah diorang menyisihkan antara satu sama lain. sedih kan? aku pun sedih, sebab diorang lebih suka amik jalan mudah dari jalan susah. tolan la weh, balik2 la berkawan macam asal, sedih giler kalau korang macam ni je sampai bila2.

macam tu la kisah nya, sedih tak korang? sedihkan?
tulah,
aku pernah bergaduh jugak, sampai bertumbuk berbagai, tapi sebab kawan lama, kitorang automatik baik balik, tak kan benda sikit, kecik2, korang nak bergaduh? malulah, korang ada adik2 yang nak membesar, even suatu hari nanti korang akan ada anak, korang nak ke anak2 korang diterapkan nilai busuk hati? benci membenci? tuduh menuduh?(ni nilai kan?) haha,, aku pun tak ingat, sebab nilai2 ni aku tinggal kan masa aku tingkatan5, haha,,

so mesti korang tak nak kan semua ni terjadi,?  cuba korang fikir masa depan, bukan masa sekarang ni yang penting, masa depan, kalau korang fikir masa sekarang penting, masa depan korang, anak2 korang, kehidupan korang? pergh!!! aku pun nak nilai kan diri aku ni sendiri, sebab aku pun bukan bagus sangat. mungkin lebih teruk dari korang kot. tah la. aku belum habis nilai dir aku sendiri.

korang tahu tak, negara kita ni mempunyai penduduk yang berbilang bangsa? mesti la korang tahu kan. dah kata 1MALAYSIA,, pergh!!!
korang tahu kenapa korang tak boleh bergaduh? korang tahu kan, kalau dah bangsa melayu sesama melayu bergaduh, bangsa lain akan kata apa? teruk kan? terlalu teruk sangat2.
kira okay lagilah melayu dengan melayu, mugkin akan disettle kan sendiri dalam bermesyuarat atau perbincangan, tapi dah melayu dengan bangsa lain, apa kata negara luar pulak? haish, teruk sangat kesan kalau bergaduh ni, berselisihan faham dan sebagainya.

jom2, kita cuba perbetulkan diri kita boleh tak? sama2 lah kita perbetulkan diri kita,

"sedangkan lidah lagi tergigit, apakan pulak sesama manusia"
mencantumkan ayat sendiri je aku ni, haha,,
maaf kalau aku ada sakitkan hati korang2 yang terasa, aku hanya ingin jadikan teladan, korang yang terasa jangan risau, aku dah olah cerita ni bagi lain sikit, sebab tak boleh sama, mengaibkan orang. hehe,,

okay la, aku berhenti kat sini okay, aku pon dah mengantuk, maklum lah, time pagi buta je ada idea.
jom2,, tido,, haha,,
tata2 korang2...=P

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...