nombor bertuah anda

Ads 468x60px

rakan-rakan terhebat

Thursday, 11 August 2011

perempuan!! baru syok..^.^

wah2, ramainya yang tak puasa hari ni, ramai yang berpuasa hari ni, hehe,, maaf lah pagi2 ni kadang tersalah tulis. ^.^..asalamualaikum korang2 semua, apa khabar? malam tadi sebenarnya aku tak la berapa berpunya idea sangat pun, haha,, (dah macam johan cakap).. ekeke,,tu la pasal aku tulis tentang rafidah ibrahim = awek aku, hahaha.. main-main je dan niat hanya bersenda. hehe,,

lets go to new entry dude, hehe,, dude and always dude,, haha,,
korang tahu tak apa kelebihan perempuan? yeah, entry aku kali ni pasal perempuan, tahu tak kelebihan korang wahai wanita2 yang disayangi. tak tahu? ish2, ni yang nak bagi mak marah ni.<-----dengan nada nyah gitu,,, haha,, ala, korang kan kelebihan kat kecantikan korang. betul tak? toooooottttttttt!!!!! (dah macam bunyi kentut pulak) hehe,, salah!!
salah, salah salah!!

wah, mengada2 lak aku ni kan. salah la korang, bukan nya korang punya kelebihan pada kecantikan, itu salah satu pemberian yang dikurniakan kepada korang, tapi kelebihan korang ada pada sesuatu yang korang sendiri tak pernah tefikir lansung dan bukan boleh nampak pada mata kasar. so kena tengok dengan mata halus,( cara pemikiran)..



kat sini aku ada cerita yang korang nak tahu sangat kelebihan korang, ok fine. korang tengok lelaki lebih hebat dari korang bukan? salah, korang baca ni ok.
---->adalah sorang perempuan seksi datang bertanya pada seorang ustaz  yang tak berapa nak ustaz, soalan dia berbunyi seperti ini. " kenapa ya ustaz, lelaki bebas dalam berpakaian, tapi perempuan ni, dah macam apa dah, kena tutup sana, sini, tutup tulah, apa lah, rimas la ustaz, mana la adil macam ni ustaz."
---->datang wanita kedua seorang remaja bertanya. " adil ke ustaz, kalau harta ni pembahagiannya lebih banyak kepada lelaki dari perempuan, kenapa macam tu? dan perempuan nak makan apa kalau dah semua harta pusaka jadi hak milik lelaki?". 
---->kemudian datang pula seorang ibu yang mengandung bertanya, "ustaz? lelaki ni tahu buat anak je ke ustaz? dah lepas tu sakit yang nak bersalin tu perempuan yang tanggung? adil ke ustaz?". 
---->wanita yang keempat datang sambil menangis, " lelaki ni kenapa la hipokrit sangat? patut ke seorang suami tidak mengizinkan seorang isteri keluar rumah? lelaki ni senang je keluar rumah sesuka hati, ni lansung tak adil ustaz."
---->selang dari tu datang pulak pelajar perempuan." kenapa banyak sangat sakit perempuan ni ustaz? nak beribadat pun susah. kenapa ustaz? lelaki senang2 je, tak ada apa pun yang menghalang, ingat kitorang suka ke ponteng2 ni?"

korang bayangkan semua soalan tu ditanya bertubi2, kalau aku, emm,, sure aku gigil jugak nak jawab, sebab first nak kena jaga hati wanita2, second, korang tahu tak ni berkenaan agama, dude, tak cukup ilmu didada better korang diam, sebab boleh membuatkan was2. 

ok2, berbalik kat story tu, korang nak tau sangat tentang kelebihan korang kan? korang baca lah jawapan ustaz yang tak berapa nak ustaz ni...=)

"sabar2, kenapa terlalu susah hati ni? (sambil tersenyum). kamu pernah terfikir tak? sesuatu yang berharga diletakkan dimana? contohnya barang kemas, permata, dan berlian. dimana kamu letak? mestilah dalam almari, macam kamu pergi ke kedai pakaian2 mahal, pakaian2 yang paling mahal diletakkan dimana? kamu, mestilah didalam cermin, di tempat yang tak ada sapa dapat sentuh. sebab itu lah penutupan aurat untuk perempuan amat lah diwajibkan, sebab kalau didedah boleh mendatangkan nafsu. nak ke kamu terjerumus dalam dunia maksiat? fikirkan lah. ok, harta? kalau kamu dapat harta itu pun kamu boleh bawa masuk ke liang lahat ke? tidak bukan. jadi jangan lah kamu terlalu taksub dengan harta, sebab, harta itu dibahagikan kepada lelaki lebih banyak untuk menyara wanita juga, dengan itu, tak perlulah wanita susah2 nak pikirkan tentang harta, beruntung tak kamu? fikirkan lah. sudah menjadi lumrah, seseorang isteri perlu memenuhi batin seorang lelaki, dan malah lelaki itu sendiri bukan? jadi tak salah lah kalau suami kamu nak buat anak seberapa banyak mana yang perlu. tapi kamu mesti ingat, setiap anak yang kamu lahirkan, kamu didoakan oleh malaikat dan semua makluk, untung tak kamu? malah jika kamu pergi suatu hari nanti, jika kamu mempunyai 15 orang anak, semua mendoakan kamu, beruntungnya kamu. fikirkan lah. kamu tahukan dosa isteri ditanggung oleh suaminya? ha, dah tu kenapa kamu nak susahkan dia dengan menambahkan dosa dia? setiap kali kamu keluar rumah, kemungkinan maksiat akan berlaku, pernah tak kamu terfikir? apa yang kamu risaukan dengan beriya2 sangat nak keluar rumah, kamu dah dijanjikan syurga jika taat suami. cukup tak? fikirkan lah. macam mana nak beribadat? bukan senang nak masuk syurga. kamu wanita, terlalu mudah untuk masuk kesyurga, bukan saja mudah, malah, boleh pilih dengan empat cara, melalu solat lima waktu, berpuasa bulan ramadhan, menjaga kehormatan, malah kamu tahu tak satu lagi itu apa? taat kepada suami. susah sangat ke? fikirkan lah." jawapan dari ustaz itu.


ha korang2, puas hati tak? korang ni pun, takkan lah tak tahu. ish2, kelebihan korang terlalu hebat dari lelaki, walau lelaki senang dimata korang, hati kitorang korang tak tahu, sob sob..=.=,,(sedih nih)..

ustaz tu ada cakap, kat akhirat nanti, kami2@lelaki, bertanggungjawab kepada 4 jenis perempuan, korang tau siapa? isteri, emak, anak perempuan, dan saudara perempuan, susah tak? untuk korang@perempuan, korang akan dibantu oleh empat jenis lelaki, suami, abah, anak lelaki, saudara lelaki. beruntungnya lah korang2, aku pun nak jadi perempuan lah, haha, tapi aku tak lah tergolong dalam nyah, heee,, tapi tu lah, kelebihan korang terlalu banyak, dan senang sangat korang nak masuk syurga, so kenapa perlu korang bersusah payah nak bercantik2 untuk seseorang yang belum tentu jadi muhrim korang. dude, korang lah yang hipokrit, sebab tak bersyukur!, sedar lah weh, (ni just untuk orang yang tak sedar diri tau).. haha,, 

ok lah dude, cukup la sampai disini, aku pun sebenarnya puas mencari idea, disebabkan aku nak selamatkan diri aku, so terkeluarlah idea ini,, ekeke,, korang2 yang "PEREMPUAN" kat luar sana, chill ok,, hehe,=P.. thank sebab baca, yg baik datang dari yang maha Esa, yg buruk datang dari aku sendiri, asalamualaikum.. see yeah...^.^




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...