Pages

nombor bertuah anda

Ads 468x60px

rakan-rakan terhebat

Tuesday 19 July 2011

tatkala mamai membuai

ketika aku susah untuk aku lelapkan,
ketika itulah pelbagai cerita yang mula terlintas dalam fikiran ku, 
bagaimana terciptanya persahabatan,
bagaimana terciptanya kasih sayang,
bagaimana terlahirnya ikatan antara manusia.

aku mula lupa siapa yang ciptakan aku,
siapa?
Allah S.W.T. yang telah menciptakan kita semua,
tapi bagaimana aku boleh lupakan?
maksud yang aku ingin sampaikan bukan kita lupakan dengan tidak lupa nya dia,,
tapi aku mula lupa bagaimana untuk mendekatkan diri denganNya,, 
bagaimana untuk mengeratkan diriku denganNya,
kenapa aku semakin hanyut?
hanyut dibuai kemewahan keduniaan,, 
siapakah aku??

mataku aku tidak dapat lelapkan lagi,
aku mula terbayang, 
keseronokan yang aku rasai,
indah sungguh, 
terasa bagai tiada siapa yang dapat mengganggu aku,
segala wang dan nafsu yang aku miliki amat menyeronokkan,
itukah nikmat yang sebenarnya?
itukah yang aku cari sebenarnya?
siapakah aku?

tanpa aku sedari, 
aku di tempat yang gelap, teramat gelap sekali,
aku merasakan sesuatu melingkari dan melilit tubuhku,
tolong aku! tolong aku!
siapa yang boleh bantu aku?
ah!
siapa yang dapat bantu aku?
tidak!!!!!!!!!

tersentak aku dan terus terjaga dari tidurku,
aku bermimpi, 
aku tidak tau bila aku terlelap,
adakah aku akan tergolong dalam mimpi yang aku alami, 
berada di tempat yang gelap yang aku tahu itu "liang lahat",
kubur yang mana itulah pengakhiran kita, tempat terakhir dalam dunia ini kita akan tuju, 
kubur!!

maafkan aku ya Allah,,
aku tahu aku bersalah padamu,
aku tahu aku tidak layak dikalangan hambamu yang soleh,
tapi aku mohon ko jangan masukkan aku dalam tempat yang paling celaka,
aku mohon padaMu.
izinkan aku bertaubat padaMu ya Allah,,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...