Pages

nombor bertuah anda

Ads 468x60px

rakan-rakan terhebat

Monday 18 July 2011

dahulu kala!!!

              tanpa ku sedar sebuah kuali hinggap ke pipiku. "kau memang anak tak guna!" itu lah perkataan yang terkeluar dari mulut seorang ibu selepas membaling kuali kemukaku. aku tetanya-tanya kenapa ibu aku melakukan demikian rupa terhadapku? apa salah aku? apa dosa yang telah aku lakukan? inikah balasan anak yang yang dilahirkan oleh seorang ibu dengan balingan, cacian, pukulan. agh!!! jika ini yang patut aku terima, aku terima seadaanya. 
               
              aku adalah anak kedua dari pada dua orang adik beradik.kira aku adalah anak yang terakhir. "anak pembawa sial!" jerit hatiku. ini kerana ibuku kerap kali melemparkan kata-kata itu kepadaku. kenapa? aku masih tercari-cari jawapan yang membuatkan aku sendiri hilang rasa sayang pada orang tuaku. tapi berkat doa aku, aku masih tidak hilang pedoman, Allah sentiasa mebantu aku dengan memberi aku kesabaran yang kuat untuk aku harungi hari-hari aku yang makin gelap ini.

              pada petang hari sementara menunggu masuk nya waktu magrib, aku sempat ke hutan untuk mengambil jerat yang aku pasang untuk menjerat ayam hutan, sebab ayam hutan ni diwaktu senja dia dia seakan rabun, sebab mata ayam ini rabun malam, jadi mudah la untuk aku mendapat ayam hutan, tambahan pula ayam hutan ini adalah kesukaan ibuku, inilah saat aku mengambil hati ibuku. setibanya aku di rumah "asalamualaikum, adik da balik" setelah membasuh kaki di tangga aku terus melangkah masuk sambil membawak ayam hutan itu. dengan tidak ku duga, seseorang menolakku kuat jatuh terus kelantai. terlalu sakit sehinggakan ayam hutan ku tercampak dari peganganku. "seeloknya kau berambus dari rumah ni, sebab rumah ni bukan milik kau, ni milik aku." suara abangku yang agak lantang mengalahkan salakan anjing. agh!! kenapa aku di tolak begitu rupa? mana maruah aku? 
               
              dengan pelahan aku bangun terus mendapatkan ayam hutan lalu turun kebawah untuk mengurung ayam hutan. sekembali nya aku keatas aku berkata kepada abang aku, "kau amik lah ayam yang aku tangkap itu, kau sembelih la, lalu kau bagi kepada ibu untuk ,masak kan,"," untuk apa aku mengambil ayam yang kau curi itu?" bidas abang ku, lalu ku menyambung, "kau kata la aynm ini kau tangkap, dan ini untuk santapan kau dan ibu, aku mahu beredar dari rumah ini, rumah yang tidak pernah mahu menerima aku, aku tau aku kecik, tapi aku tahu jaga diriku." ayat itu sudah cukup untuk buat air mata aku mengalir seperti air yang mengalir di sungai.

              selepas sepuluh tahun berlalu, umurku telah menjangkau 25 tahun ,, dan selama itu aku hanya tinggal bersama atuk dan nenek angkat ku, aku dibela bagai cucu mereka sendiri, aku ditatang bagai minyak yang penuh, ya, aku tahu, perbezaan yang amat ketara kalau aku ingin bandingkan dengan ibuku menjagaku. 

             "cu? apa yang menungkan itu?" tanya atukku.
             "tidak ada apalah atuk, hanya mengingatkan bagaimana hidup mak dengan abang?"... balasku,
             "cukuplah tu ucu, atuk tahu perasaan kau, nanti tatkala kau cuti, kau pulanglah, jenguk la mereka dikampung." 

             setelah aku lari dari rumah atau lebih jelas lagi dihalau keluar dari rumah, aku tidak ada hala tuju, aku terus berjalan tanpa arah tuju, aku tidak tahu sejauh mana yang aku telah berjalan sehingga sampai disebuah kampung, aku telah rebah kerana terlalu letih, penat. sehingga kan seorang tua telah mengambil ku kerumah nya.sebangunnya aku dari pengsan ku,, aku terus ditnya soalan yang bertubi-tubi, tapi soalan itu semua mencuit hatiku, almaklumlah, orang tua, pelik melihat anak kecik yang berjalan ditengah malam tanpa mepunyai wang didalam kocek. 

            kini aku sudah dewasa, aku dapat menguruskan diri aku sendiri, aku tinggal bersama atuk dan nenek  yang aku anggap sebagai atuk aku sebenar, tapi aku tertanya-tanya, apa nasib ibu dan abg kandung ku di kampungku, dirumah yang aku dianggap sebagai makhluk asing. 


(mesti korang tertanya-tanya kenapa cerita aku tergantung bukan? sebenarnya aku masih mencari idea untuk aku ceritakan lebih detail tentang cerita aku, sebab cerita aku tidak sama dengan cerita kau, cerita kita berbeza, dan aku akan sambung cerita ini, dengan lebih terperinci, siapa aku, siapa keluargaku, siapa orang yang menjaga ku, nantikan cerita aku,,"cerita kau dan aku berbeza")

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...