Pages

nombor bertuah anda

Ads 468x60px

rakan-rakan terhebat

Saturday 10 August 2013

mulut longkang

selamat pagi, 
 yo, sup!! haha..

assalamualaikum. 
hai kawan2 yang dirahmati Allah, 

bismillah..

moga setiap penyampaian yang disampaikan dapat memberi manfaat untuk para pembaca. 

dah lama tak meng'update' macam ni jadi dia, jadi BATAK, haha. baru malam tadi buat entry baru ni dah buat lagi. banyak idea aku? tak lah, aku nak merepek meraban, dan menyuka hati aku la. hahahahahaha. 

okay dah. aku just nak cakap mengenai mulut. 

"kerana mulut badan binasa" 

pernah dengar kan peribahasa tu?
kalau yang ni...

"tanam tebu di tebi bibir? "

haha, merapu! 

okay, balik ke tajuk, mulut? apa kena mengena dengan mulut? oh, mulut seksi, bukan, itu bibir, mulut ni kebanyakkannya busuk. sebab memang lumrah, bila kita makan banyak sangat, pastu masukkan bende tak patut macam asap dalam mulut, korang tau kan macam mana bau mulut orang tu kan? 

dah menjadi lumrah, mulut sentiasa BUSUK, walau kau dah gosok, macam ni la, kau tak percaya, kau pergi bau mulut semua orang yang kau kenal, kalau ada yang wangi, bagi tau aku. aku bagi RM1. okay? 

cerita pasal busuk nya mulut ni, betul jugak sabda nabi, kurangkan bercakap, banyakkan ibadah, senyum selalu. 

Muhammad SAW bila bercakap, semua nya dari Allah, dan Allah maha mengetahui. 

saidana Ali r.a cakap, bila kita banyak bercakap, kita akan banyak buat salah, bila kita banyak buat salah, kita banyak buat dosa, bila kita banyak buat dosa, api neraka tempat nya. 

apa kena mengena mulut dengan dosa? 

okay, kau perasan tak, setiap apa yang kita tuturkan belum tentu semuanya betul, paling tidak kita akan selitkan sedikit, walau hanya sedikit iaitu 'penipuan', percaya tak? okay, nanti korang muhasabah diri, tengok balik. 

aku pun seorang yang boleh di cakap kan yang banyak bercakap. betul. 

aku banyak bercakap sebab aku jenis susah nak diam, bila jumpa kawan-kawan la. haha. kalau dah orang tak kenal tu, nak bercakap apa benda nya. kenal pun tidak.

yang kita banyak bercakap dengan kawan kita, dan bila kita cakap tak betul, terasa tak kawan kita, tu baru tipu sikit, korang bayang kan yang bawak mulut kehulu kehilir tu, korang rasa la kan, orang dengar sakit hati tak?

bila kita jaja masalah orang, bawak kesana kesini, kau rasa orang akan percaya kat kita bila nak luahkan perasaan dia atau masalah dia? secara jujur aku cakap, TAKKAN PERCAYA dah. bweek!! 

lepas tu agak-agak dia nak kawan dengan korang lagi tak? terpulang dekat dia la. kan? hurm..

jemah: jenab, kau tau tak, anak jarah masuk umah orang?
jenab: yeke? bila nya?
jemah: dua hari lepas, dia masuk secara diam. lepas tu kena tangkap. kau hati-hati la jenab oi.
jemah: kesian kan keluarga dia. macam mana la anak dia boleh jadi macam tu.

ha, ni la gosip yang aku menyampah sangat. korang rasa, cara dia betul tak?

betul? betul la sangat, macam takda cara lain je nak cakap berhati-hati. 
tu nasib baik lah si jenab tu kesian dengan keluarga dia, kalau tiba yang jenab ni tak tau apa2, dah dia pulak pergi menyumpah, "apa teruk beno anak si jarah tu? mak bapak dia tak reti ajo anak ke?"
 
kan dah senang je dapat dosa free, fitnah tu lebih berat dosa dia dari membunuh, jadi kenapa buat? hurm, tak paham. sebab aku pun masih bersisa dalam diri ni.

biarlah benda dah lepas tu kita lepaskan, takda apa nak diingatkan, sebab yang lepas tu pengajaran, bukan nya penghinaan.

bayang kan kita ditempat orang yang kita bawak mulut tu. ya Allah, sakit dia Allah yang tahu.

jadi kat sini aku nak buat kesimpulan, kita ni tak sempurna pun, kau pakai bedak terayaki ke, puspamina ke, bedak apa tu, tanaka eh? ha, tanaka ke, bila Allah cakap kau tak sempurna, tetap kau takkan sempurna sampai bila-bila.

muhasabah diri jom. banyak kan la menangis dalam ingat mati, dari ketawa yang kau anak mati lambat. 

okay. selamat beramal kawn-kawan..

assalamualaikum.

1 comments:

Anonymous said...

lama x singgah snie,dh byk entry baru pijol,hehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...