nombor bertuah anda

Ads 468x60px

rakan-rakan terhebat

Saturday, 10 August 2013

hari2 raya aidilfitri

assalamualaikum..

ramadhan hanya sebulan, hari raya hanya sehari, ibadah dilakukan biar berpanjangan, istiqomah la setiap hari.-imam ismail- 

okay guys, lama sangat aku tak update blog aku ni. haha. tup tup muncul time2 raya ni. haa, aw cak aw cak. macam main cak2 lak. hoho..

sebenarnya aku tak banyak benda nak menulis, idea banyak, tapi tangan ni terlalu malas untuk menaip. ni pun sebab ade internet dan terasa nye kerajinan datang. 

"selamat hari raya dan selamat berpuasa."

okay dah lambat dah. haha. tapi ade kau kesah? lalala..
korang pernah dengar kisah si tanggang yang kene sumpah jadi batu tu kan? aku tak nak pun cerite pasal tu. ni pasal hari raya, haha. 

bukan apa, selama aku hidup, hanya sekali, aku pernah nampak seorang yang kurang upaya, dia seorang pelajar, dia seorang muslim, dia seorang lelaki, dan dia seorang yang TABAH. tau sebab ape aku cakap dia tabah? maklum lah, kita ni manusia, bila nampak orang tinggi dari kita mula la, putus asa la, tak puas hati la, apa la, bagai la, puih. (aku pun sama) 

walau pun jalan tidak teratur, kaki tidak sesempurna kita, terencot2, tapi, aku tahu, keazaman seorang yang bernama hamba Allah, pasti kuat. 

budak ni budak kolej aku, aku puji dia sangat2 sebab aku tak rasa yang kita ni sama dengan dia, Allah sayang kita, tapi, Allah sayang dia lebih, Allah bagi dia tak mampu aktif sekarang dan korang tahu, syurga untuk dia.( insyaAllah ini doa untuk dia)

adalah satu hari ni, dalam bulan puasa, masa kelas masih tak bercuti lagi. masa tu nak lehoq( zohor cakap kedah), aku siap la amik wuduk dan tunggu la orang nak solat berimam, bila solat berjamaah ni, pahala dia kan 27 kali ganda dari solat sorang2, pastu bulan ramadhan pulak di tingkat kan 70 kali ganda, ya Allah, kau taknak lagi? 

okay, balik kat cerita asal, masa tengah tunggu tu, aku tengok budak ni masuk, dengan terhencot2 dia, dengan berstokin, amik kerusi kat belakang, tarik bawak masuk saf, solat. 

wow, tetiba aku sebak. dalam hati aku ada taman ke apa? woi, aku nak cakap kat sini, dia tak amik wuduk, dia datang solat dalam duduk atas kerusi, lillahi taala. 

orang macam ni, dia jaga wuduk dari rumah, dia solat walau pun dia kurang upaya. dia buat sebab dia percaya, balasan Allah setiap apa yang baik dikerjakan lillahi taala.

nampak? kau rasa kita yang sempurna ni mampu istiqomah macam tu? mampu kekal berwuduk macam tu? 

seorang yang solat, seorang yang paham  hukum Allah, dia pasti kerjakan kewajipan yang lain, tanpa disuruh, dipaksa. kita mampu? 

ramdhan dah lepas dah, ni tgh aidilfitri. rasa-rasa la kan, lepas ni ibadah yang kita lakukan tu jadi istiqomah tak? kau rasa? aku tak boleh rasa, sebab aku lidas ni, haha. 

kita muhasabah diri kita, kita tengok, kita ni dah cukup ke amalan untuk kita masuk tempat yang indah yang kekal abadi? 

dah la, aku nak tido, entri ni agak bosan, so maaf habis kan masa korang dekat sini. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...